Monday, December 1, 2008

uirham.com_faizal

Faizal Tahir corner. Siapakah beliau? Apakah beliau? Hidup tak lagi beliau? Apakah kontroversi yang beliau cetuskan? Berita terkini? Pergh. Dapatkan di sini.

Aku Muzik Kamu - Faizal Tahir


Dalam album ini ada beberapa lagu. Antaranya:

1. Sampai Syurga [download]

2. Cuba [
download]

3. Kerna kamu [
download]

4. Mahakarya Cinta [
download]

5. Gemuruh [
download]

6. Aku Punya Kamu [
download]

7. La Da Di Dum [
download]

Special Hits

1. Invitation [download]

2. Mungkin Ku Tak Bisa [
download]

3. Batu dan Golek [
download]

4. Sempurna [
download]

5. Mestikah Ada Yang Lain [download]

-Further Information-



Nama lahir : Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir : 26 Oktober 1978 (umur 30)
Asal : Malaysia
Genre : Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan : Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif : 2004-kini
Label : Monkey Bone Records (2006-kini)

Mirwana
Faizal pernah menyertai kumpulan
nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya.

Pada permulaan persembahan Grand Finale, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu Mahakarya Cinta gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.

Selepas One in a Million
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem
Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.

Aku.Muzik.Kamu
Rencana utama:
Aku.Muzik.Kamu
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").

Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.

Kehidupan peribadi
Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus,
Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada awal pagi
14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.

Kontroversi
Pada
13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:

Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.


Akibatnya, pada 19 Januari 2008,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama.
Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.

Anugerah dan pencapaian
Anugerah Planet Muzik 2008
Artis Lelaki Baru Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Industri Muzik 15
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Artis Baru Terbaik
Album Rock Terbaik
Album Terbaik


Anugerah Juara Lagu 23
Persembahan Terbaik (Sampai Syurga)
Vokal Terbaik (Sampai Syurga)
Juara Kategori Balada (Sampai Syurga)

0 ulasan: